Tuesday, February 28, 2012

Mencari jalan

Salam

Pada masa ini, saya mempunyai masalah dengan pekerjaan saya. Saya seolah-olah tidak mempunyai minat dengan kerjaya saya. Tiada motivasi dan bekerja seperti orang yang terpaksa. Seperti tiada keikhlasan. Kualiti kerja tiada dan sering dimarahi.

Saya sekarang rasa tertekan dengan situasi ini. Ingin melepaskan jawatan tetapi dikekang oleh kontrak yang mana saya perlu membayar dengan jumlah yang besar sekiranya melanggar syarat kontrak.

Selain itu kekangan dari pihak keluarga juga menghalang saya daripada meletakkan jawatan saya. Harapan mereka yang menggunung untuk melihat saya menjadi seorang doktor juga memberikan tekanan yang besar kepada saya untuk terus berhadapan dengan situasi yang sukar kepada diri saya ini.

Apa yang boleh saya lakukan sekarang hanyalah berserah kepada Allah dan terus berdoa. Ini adalah ujian daripada Allah. Dan Allah tidak akan menzalimi hambanya. Aku berdoa diberikan kemudahan kepadaku dan seterusnya pertunjuk daripada Nya untuk aku menghadapi waktu sukar ini.

Ya Allah kepada Engkaulah aku sembah dan memohon pertolongan. Ampunilah dosa hambamu ini ya Allah. Amin


La ilaha ilAllah, Muhammad dar Rasullullah

No comments:

Post a Comment