Saturday, June 20, 2009

Kembali

Salam semua..

Sekian lama tidak menulis. Sibuk dengan urusan peperiksaan akhir semester.

Man Utd pun sudah menjuarai Liga Perdana Inggeris. Malangnya tewas kepada Barcelona di peringkat akhir Liga Juara-juara. Apa-apa pun tahniah kepada penyokong Man Utd kerana sekali lagi mejuarai liga dan menyamai rekod kemenangan Liverpool sebanyak 18 kali. Sekarang Liverpool hanya ada rekod Liga-liga Juara yang hendak dibanggakan. Itupun mungkin tidak lama sekiranya Alex Ferguson berjaya sekali lagi ke peringkat akhir pada musim hadapan.

Dalam politik Malaysia pula, banyak sekali perkara sudah berlaku. Terbaru kita dihadapkan dengan isu kerajaan perpaduan PAS-UMNO. Nampak perbalahan besar dalam PAS dengan isu ini. TGNA sungguh berang dengan Nasharuddin Mat Isa sehinggakan disuruhnya keluar dari PAS. Dalam isu ini, saya bersama Nasharuddin. Kita tidak perlu terus menutup pintu dengan UMNO. Malahan ini adalah peluang baik untuk PAS menggunakan posisinya sebagai parti alternatif Melayu untuk tawar-menawar dengan UMNO. PAS tidak rugi apa-apa kerana BN/UMNO perlukannya, PR pun perlukannya. Kita semakin hampir untuk melihat PAS menjadi parti utama di Malaysia. Ini peluang baik. Cuma kena ada strategi. Kena berani berhadapan dengan TGNA dan anak-anak buahnya (Erdogan and the gang). Mereka perlu dipersembahkan dengan strategi NMA dan TGHA dalam isu ini untuk menarik mereka tentang isu kerajaan perpaduan ini. Jangan kerana kebejatan mereka, isu ini dilupakan sahaja. Kepentingan mereka tidak mengatasi kepentingan perpaduan masyrakat Malaysia.

Ingin juga disebut tentang kempen satu sekolah untuk semua dipelopori blog DemiNegara. KijangMas dan hulubalang-hulubalangnya menulis surat kepada Menteri Pendidikan Malaysia, TSMY, untuk menggesa beliau merubah sistem pendidikan negara kita yang bercabang-cabang kepada sistem satu sekolah yang mana anak-anak semua kaum disekolahkan dalam satu bahasa, kawasan dan matapelajarannya. Dalam sistem ini anak-anak bukan kaum Melayu akan dipastikan untuk belajar kebudayaan kaum mereka. Mereka membuat surt ini kerana melihat kepada perpecahan dikalangan rakyat Malaysia. Mereka juga meminta kepada TSMY untuk membuat kajian meningkatkan kualiti sistem pendidikan dan juga menggesa matapelajaran sejarah dijadikan satu matapelajaran wajib untuk semua peringkat. Malangnya TSMY terus secara tergesa-gesa menolak cadangan itu. Beliau tampak terpaksa menolak memandangkan isu ini sangat dekat di hati kaum bukan Melayu teutamanya Cina. Takut hilang undi beb. Tak ada t***r la TSMY. Adoila..

Banyak lagi nak ditulis ni tapi mungkin di masa lain. Sekian..