Tuesday, April 28, 2009

TDM lwn LKY

Salam..

Adalah semalam di kelas saya berborak pasal cuti-cuti Singapura dengan rakan kelas. Sekali itu termasuk pasal LKY. Dia puji LKY hebat. Masa dia puji je LKY itu hebat, terus saya tersenyum. Tersenyum kerana memikirkan betapa kesiannya anak-anak Malaysia ini yang tiada semangat patriotisme terhadap negara sendiri.

Dalam masa itu, saya berfikir lagi, apa tiada lagi ke pemimpin di Malaysia yang hebat untuk dipuji oleh anak Malaysia ini? Itu jawapannya pastilah TDM. TDM merupakan negarawan ulung negara yang wajar menjadi satu kebanggaan anak-anak Malaysia. Jasa beliau dalam membangunkan Malaysia dan seterusnya menjadikannya sebagai salah sebuah gergasi di Asia Tenggara merupakan satu pencapaian yang sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pemimpin. Manakan tidaknya, Malaysia dibawah pentadbiran beliau, berjaya menukar ekonominya yang dulu berasaskan kepada pertanian kepada ekonomi yang berasaskan industri. TDM juga meletakkan nama Malaysia di pesada dunia dengan projek-projek mega seperti Menara Kembar Petronas, KLIA, Litar Sepang, Proton etc. Kebijaksanaan Tun dalam menyelesaikan masalah ekonomi 1997-1998 juga meletakkan nama Malaysia di pesada dunia. Teknik-teknik yang diguna pakai pada masa itu sekarang digunakan oleh negara-negara besar seperti US yang sekarang ini menghadapi masalah ekonomi. Pendek kata kita boleh kata Malaysia adalah sekarang kerana Tun.

Berbalik kepada cerita di kelas tadi, kenapa anak Malaysia ini puji LKY daripada TDM. Saya hanya boleh fikir kerana disebabkan oleh kaumnya, maka dia lebih memuji LKY daripada TDM. LKY lebih disukai oleh anak Malaysia ini kerana LKY sebangsa dengannya. Memuji bangsa sendiri lebih baik daripada memuji seorang pemimpin Melayu yang hebat. Walaupun ia tidaklah dinyatakan dari mulut anak Malaysia ini, tetapi nyatalah sifat kecinaannya menyebabkan kurangnya rasa patriotisme terhadap negara. Kurangnya rasa berterima kasih terhadap pemimpin negara hanya kerana beliau merupakan Melayu.

Ya. LKY merupakan pemimpin yang hebat, tetapi kehebatannya langsung tidak cukup untuk meletakkan beliau di hati kita kerana beliau merupakan orang asing yang tiada kaitan dengan kita.

Sedih juga memikirkan bagaimana produk-produk SJKC ini ditanam rasa tidak cinta kepada negara. Lebih sedih apabila mereka ini ditanam rasa cinta pada Singapura. Nyatalah SJK ini tidak menyumbang kepada perpaduan. Malah lebih menggalakkan kepada sifat perkauman. Sesungguhnya SJK menghasilkan anak-anak yang tidak cinta kepada negara. Tanyalah kepada mereka ini, rata-rata memasang cita-cita untuk ke selatan menjadi warganegara di sana. Peduli apa kepada kurangnya kebebasan berbanding di negara sendiri, asalkan kaum sendiri yang pegang pemerintahan. Oh silalah kesana beramai-ramai, saya tunjukkan jalannya.

Saya seru pada kerajaan untuk mengkaji semula kewujudan SJK ini. Blogger JMD dan DN sudah pun menjelaskan dengan panjang lebar peri kewujudan SJK ini merupakan titik kerobohan negara Malaysia. SJK perlu dihapuskan dan diganti dengan sistem satu sekolah yang memupuk perasaan perpaduan, patriotisme dan negarawan pada seluruh rakyatnya tidak kira Melayu, Cina ataupun India yang berlandaskan kepada acuan budaya Melayu.

Man Utd lwn Tottenham (5-2)

Lama juga saya ambil masa untuk menulis keputusan perlawanan kali ini. Sibuk dengan belajar.

Jadi kali ini memang merupakan perlawanan menarik. MU ketinggalan 2-0 bila habis separuh masa pertama. Tapi saya dan rakan-rakan masih yakin untuk menang. Betul menang. Satu perkara yang kita kena tabik dengan MU ini ialah semangat juang yang tinggi. Walau ketinggalan, kita penyokong MU pasti akan rasa yang kita masih berpeluang untuk menang. Perlawanan kali ini seperti satu deja vu untuk ramai penyokong MU kerana pada 2001 atau 2002, MU menang ke atas Spurs dengan jaringan 5-3 dan pada masa itu MU ketinggalan 3-0 menuju separuh masa pertama.

Kesebelasan utama yang diambil SAF sedikit berbeza dari kesebelasan utama yang saya ramalkan. Nani diberi peluang untuk bermain mengisi tempat Anderson dan juga Rafael di bek kanan. Wes Brown masih perlu membuktikan kecergasannya kepada SAF.

MU bermula dengan baik. Spurs pula menggunakan strategi serangan balas yang ternyata berhasil apabila dua kesilapan oleh Rio dan Rafael membuahkan gol untuk mereka.

Masuk separuh masa kedua, kedudukan berubah apabila Carrick dijatuhkan di dalam kotak penalti untuk memberikan gol pertama kepada MU menerusi sepakan C7 Ronaldo. Bermula dari saat itu, Spurs nyata membangkitkan seekor harimau yang sedang tidur. Dua gol daripada Rooney dan satu sekali lagi dari Rooney dan Berbatov nyata melenyapkan hasrat Liverpool untuk terus kekal di tangga atas liga.

Oh..Lupa pasal Tevez. Tevez masuk menggantikan Nani dan terus terang saya cakap, Tevez memang wajib dibeli oleh SAF. Kemasukan Tevez merupakan satu pencetus tenaga untuk kesemua rakan-rakannya yang lain dan ini ditafsirkan dengan keputusan kali ini. Harap SAF tidak mensia-siakan hikmat Tevez.

Melalui keputusan kali ini, harap semangat MU akan terus membara menuju perlawanan menentang Arsenal di OT Rabu ini. Mana tahu boleh jadi seperti Liverpool yang tiba-tiba 'on form'. Harap MU boleh mencari gol selesa untuk bekalan di Emirates stadium nanti.

'GLORY-GLORY MAN UTD'

Saturday, April 25, 2009

Man Utd lwn Tottenham

Hari biasa di Liga Perdana Inggeris. Man Utd lwn Tottenham. Kalau lihat pada kertas, perlawanan ini merupakan perlawanan yang mudah untuk Man Utd kerana melihat kepada prestasi Spurs pada musim ini, Spurs boleh dilihat sebagai satu mangsa yang menunggu untuk dibaham oleh pasukan Red Devils ini.

Tapi kita peminat MU tak boleh ambil mudah. Spurs musim ini walaupun tidak memberangsangkan seperti musim-musim lepas, masih mempunyai ramai pemain-pemain yang berkaliber. Nama-nama seperti Luca Modric, Geovanni, Roman Pavluchenko tidak boleh diambil mudah oleh MU.

Dalam perlawanan kali ini saya boleh jangkakan sedikit perubahan ke atas pasukan yang menang pada pertengahan minggu ini.

Kecederaan pada Neville dan O'shea memungkinkan kembalinya Wes Brown ke bek kanan setelah lama diketepikan kerana kecederaan. Wes Brown bermain pada perlawanan simpanan pertengahan minggu ini jadi diharapkan dia boleh bermain. Ketiadaan Wes Brown boleh saya simpulkan sebagai penyebab kepada kemerosotan prestasi pertahanan MU musim ini. Mentaliti sebagai pertahanan tengah yang dibawanya ke bek kanan antara penyebab ketidakbolosan MU di bahagian ini sepanjang musim lepas. Jadi harap WB bersedia untuk perlawanan kali ini.

Di bahagian tengah pula, saya jangkakan Carrick dan Fletcher akan mengambil tempat. Untuk bermain formasi 4231. 3 yang atas akan diisi oleh Ronaldo, Anderson dan Rooney. Prestasi Anderson semakin meningkat sepanjang bulan ini. Mungkin ada kata-kata dari SAF yang diambil olehnya untuk dijadikan pedoman. Baguslah tu. Kita tak mahu jadi seperti Nani yang seperti diketepikan SAF.

Dan satu penyerang itu mungkin oleh Berbatov atau Tevez. Tevez dah beri amaran yang dia mungkin akan meninggalkan MU jadi kita tunggu dan lihat sama ada dia akan bermain atau terus diketepikan sekali lagi. Mungkin ini adalah satu cara SAF untuk 'menghalau' pemain keluar dari MU. Sudah tentu dia tak nak dilihat sebagai jelas tidak menghargai pemain. Nanti tak ada pemain nak datang MU. Bijak juga. :0

Saya jangkakan 2-0 juga kali ini.

Adios!!

Betul ke kabinet ini?

Kita rakyat biasa hendakkan menteri-menteri yang boleh bekerja mendatangkan hasil kepada kita. Dalam hal ini, DSN sebagai ketua kepada kerajaan memberikan pimpinannya dalam soal pelantikan menteri-menteri ini.

Bagi beliau, inilah dia barisannya yang mampu memberikan keputusan kepada rakyat. Soal sama ada betul atau tidak kita hanya boleh lihat nanti. Sistem KPI itu merupakan petunjuk kepada DSN. Jadi kita berdoa pada Allah agar petunjuk diberi kepada beliau untuk membuat keputusan dalam prestasi mereka dan membuat perubahan mana yang perlu.

Kita rakyat boleh lihat sekiranya mereka ini buat kerja atau tidak. Dalam dunia internet sekarang tidak sukar untuk mendapat maklumat tentang kemajuan dalam negara kita. Sekiranya kita lihat mereka-mereka ini termasuk DSN gagal dalam membawa prestasi yang baik, datang PRU13 nanti kita buatlah keputusan sama ada hendak tukar atau beri peluang lagi kepada mereka.

Benda mudah jangan disusahkan.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab jangan kita hanya tahu mengadu saja. Kita kena bekerja sekali dengan kerajaan untuk membawa aspirasi mereka dalam pembangunan negara kerana setiap faedah akan datang balik kepada kita. Janganlah setiap gerak geri kerajaan dipandang serong. Setiap gerak-geri mereka perlu kita lihat secara objektif bukan secara emosional yang berpaksikan kepada kepentingan peribadi yang sempit.

Dalam hal ini, pembangkang dan penyokong mereka perlu memainkan peranan sebagai pembangkang yang matang dan rasional. Jika mereka percaya kepada sistem keseimbangan pengaruh kuasa, mereka perlu gunakan sebaik mungkin. Tidak perlu dibantah setiap gerak-geri kerajaan semata-mata hendak bertindak sebagai pembangkang. Apa yang perlu dilakukan adalah memberikan pandangan alternatif kepada kerajaan dalam setiap isu-isu yang berbangkit. Dan menegur kerajaan secara berhemah sekiranya berlaku sesuatu yang salah dan merugikan rakyat. Itu pembangkang yang matang. Bukannya menjadikan sesuatu isu itu untuk kepentingan politik. Dan isu-isu ini tidak perlu dimainkan sehingga membawa kepada kekacauan dalam pentadbiran negara.

Nampak pembangkang sekarang berada dalam kategori ini. Masih tidak nampak professionalisma mereka dalam banyak isu. Apa yang lebih dilihat adalah retorik-retorik mereka.

Masih menunggu sistem demokrasi yang matang di Malaysia.

YangMengarut

Thursday, April 23, 2009

Man Utd lwn Porstmouth (2-0)

Semalam berlangsung perlawanan liga di antara Man Utd dan Porstmouth.

Saya semalam cuba untuk menulis satu pos sebelum perlawanan tetapi disebabkan kesuntukan masa belajar saya terlepas masa yang sepatutnya saya tulis.

Apa-apa pun yang penting MU menang. Dan MU kembali merampas takhta teratas liga daripada Liverpool dengan kelebihan 3 mata dan juga kurang satu perlawanan. Ini merupakan satu kemenangan yang membakar semangat pemain-pemain MU untuk meneruskan buruan dalam mempertahankan kejuaraan.

Pada perlawanan semalam MU menang hasil jaringan Wayne Rooney dan Michael Carrick. Sebab di bilik saya ini tidak ada TV kabel maka saya hanya dapat melihat di skrin komputer saja (itupun teks di soccernet). Kalau mengikut teks-teks yang ditulis maka saya hanya dapat simpulkan kedua-dua gol ini merupakan gol yang cantik. Gol pertama dihasilkan melalui gerakan melibatkan Anderson dan Ryan Giggs. Dan gol kedua pula hasil hantaran telus oleh Paul Scholes.

Memang kuda-kuda tua MU ini boleh diharapkan. Jangan tertipu dengan usia mereka yang kalau dalam bola sepak ini kita panggil tua. Mereka masih memiliki sentuhan-sentuhan luar biasa yang mampu menghasilkan kemenangan untuk MU.

Barisan pemain semalam berbeza seperti pada Ahad lepas. Van Der Sar kembali ke gol. Evans menggantikan Rio. Evra di bek kiri. Bahagian tengah Giggs dan Scholes dan Fletcher mengambil tempat. Penyerang Rooney dan Ronaldo.

Kali ini SAF bermain dengan formasi 4-2-3-1. Ini adalah formasi yang selalu digunakan oleh pasukan seperti Arsenal, Chelsea dan Liverpool. Bagi saya baik juga dicuba formasi-formasi baru kerana setelah lebih 23 tahun di MU, mungkin lawan-lawan kepada MU sudah dapat membaca strategi SAF. Saya yakin berdasarkan perlawanan semalam SAF sudah ada ramuan yang penting untuk digunakan pada perlawanan menentang Spurs dan Arsenal pada Sabtu dan Rabu ini.

Sunday, April 19, 2009

Man Utd lwn Everton 0:0 (Everton mng penalti 4-2)

Sungguh tidak disangka. Man Utd kalah malam ini. Pemain-pemain yang saya jangkakan akan bermain nyata salah sama sekali. SAF nampak tekad mahu merehatkan pemain-pemain utama dengan mencuba nasib meletakkan pemain-pemain muda.

Ben Foster, kembar Da Silva, Darren Gibson, Macheda, Welbeck dan Anderson diberi peluang untuk bermain pada perlawanan ini. Rata-rata mereka ini berumur awal 20-an. Nyata SAF mahu mencuba nasib pada perlawanan kali ini. Jika menang untung, jika kalah pun tidak apa. Itulah sikap yang diambil SAF pada kali ini. Walaupun begitu dia tetap berasa tidak berpuas hati dengan kekalahan ini. Tetapi memikirkan pada tekanan bermain permainan yang banyak dan jadual yang tidak memihak, SAF memilih langkah selamat untuk merehatkan pemain-pemain utamanya.

Permainan pada awalnya nampak memberangsangkan untuk MU. Beberapa gerakan menarik berjaya dibuat dengan Carlos Tevez mengetuai jentera serangan. Anderson juga nampak menyerlah dan kadangkala dilihat menjadi bos di bahagian tengah. Pasangan kembar Da Silva terutamanya Fabio memang cemerlang dalam permainan ini sebelum cedera dan digantikan dengan Evra.

Banyak lagi boleh ditulis, tapi baca berita pun sama saja.

Apa-apa pun selepas ini Man Utd boleh menumpukan perhatian untuk mempertahankan 2 kejuaraan yang dimenangi musim lepas.

Harap SAF tak buat benda yang sama (bagi budak-budak main) kalau nak menang. Tunjuk serius sikit.

Man Utd lwn Everton

Hari ini akan dilangsungkan perlawanan antara Man Utd dan Everton untuk separuh akhir Piala FA. Perlawanan akan dilangsungkan di stadium Wembley London.

SAF saya jangkakan akan menukar beberapa muka dari perlawanan lepas menentang Porto. Menurut pihak akhbar kesemua jentera serangan akan berubah muka. Saya kurang bersetuju. Saya jangkakan 1 atau 2 pemain pada perlawanan lepas akan kekal di jentera serangan terutamanya Wayne Rooney dan Michael Carrick. Mereka ini bagi saya adalah nadi untuk serangan dan pertahanan Man Utd di bahagian tengah.

Setelah apa yang dikata, saya jangkakan Carrick akan berganding bersama Darren Fletcher di bahagian tengah. Bahagian sayap Nani dan Park Ji-Sung akan mengambil tempat masing-masing di kanan dan kiri. Serangan akan dikelola Rooney dan Tevez. Ini bagi saya adalah strategi yang logik untuk diambil SAF dalam perlawanan menentang Everton ini. Mungkin beliau ada idea lain jadi sama-sama kita lihat.

Di bahagian pertahanan pula SAF akan mengekalkan gandingan yang ada. Vidic dan Ferdinand yang beraksi cemerlang pada perlawanan lalu akan berharap agar gandingan mereka kembali konsisten setelah dikacau dengan kekalahan di tangan Liverpool tempoh hari. Di bahagian bek kanan, kita tidak ada pilihan melainkan berharap agar John O'shea mampu untuk menunjukkan aksi yang sama seperti pada perlawanan menentang Porto yang lalu. Seperti biasa Evra akan mengambil tempat di bek kiri.

Man Utd masih lagi di atas laluan untuk memenangi kesemua kejohanan yang disertai mereka. Setakat ini mereka telah pun memenangi Piala Antara Benua dan juaga Piala Liga. Walaupun Liga Juara-juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris menjadi keutamaan perlawanan ini tidak kurang pentingnya bagi Man Utd. Piala FA merupakan kejohanan bola sepak pertama di dunia. Ia mula diadakan pada 1871-1872. Jadi bagi kelab-kelab Inggeris ia merupakan satu penghormatan untuk dinobatkan juara Piala FA. Berdasarkan rekod, Man Utd mempunyai pencapaian yang paling baik di dalam kejohanan ini berbanding pasukan-pasukan lain dengan 11 kejuaraan. Harap sejarah akan berterusan.

Pemenang akan bertemu dengan Chelsea pada perlawanan akhir di Wembley Mei ini.

Saya jangka Man Utd akan menang dengan keputusan 2-0. Tevez dan Nani.

Saturday, April 18, 2009

Kesian Arsenal

Pasukan musuh Man Utd, Arsenal, tewas sebentar tadi pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Chelsea. Arsenal tewas 2-1. Gol dijaringkan oleh Walcott (Arsenal), Malouda dan Drogba (Chelsea)

Saya sebagai penyokong Man Utd lebih suka sekiranya pemenangnya adalah Chelsea kerana tahap persaingan dengan Arsenal lebih tinggi. Man Utd pula akan menentang Everton esok.

Satu sebab peribadi yang saya tak suka adalah ego pemain-pemain mereka. Walaupun mereka bermain dengan baik sebagai satu pasukan itu tidak memberi lesen kepada mereka untuk mengecilkan pasukan lawan.

Tak mahu cakap lebih-lebih. Nanti terbawa-bawa sampai jadi ****ah.

Yang penting GLORY-GLORY MAN UTD!!!

Malaysia untuk orang Melayu?

Apabila kita fikirkan dengan sebaik-baiknya, di negara kita ini tidak ada apa masalah besar yang boleh merosakkan negara. Rakyat di negara kita secara majoritnya dapat menikmati hidup di dunia ini tanpa masalah besar yang memudarat. Sistem yang kita amalkan sejak dulu sebenarnya merupakan sistem yang baik. Sistem perkongsian kuasa yang diamalkan kita telah berjaya memacu negara kita dengan jayanya.

Tetapi sebaik selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu, semuanya berubah. Kenapa? Kita dapat lihat ini semuanya berpunca dari politi melayu yang sekarang berpecah. Perpecahan berlaku akibat perbezaan ideologi. Perbezaan ideologi ini pula akan dibawa kepada undi-undi yang menyaksikan undi kita berpecah. Perpecahan undi bermakna perpecahan pengaruh kuasa.

Jika kita lihat pada zaman Rasulullah, perbezaan pendapat tidak membawa kepada perpecahan kerana budaya berbincang yang diadakan. Situasi yang sama boleh dibandingkan di Malaysia. Perbezaan pendapat sesama kita Melayu/muslim membawa kepada perpecahan akibat tiadanya perbincangan yang boleh membawa kepada titik pertemuan sesama kita. Adakah ini Islamik? Jika maksud Islam itu bermakna patuh, maknanya perpecahan yang berlaku itu tidak Islamik. Kita umat Melayu/muslim tidak patuh akan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah lebih 1400 tahun dahulu. Perpecahan itu adalah sunnatullahnya akibat pilihan yang kita ambil. Di sini pemimpin politik Melayulah yang perlu menjawab kepada Allah s.w.t nanti. Ingatlah. Dunia hanya tempat sementara dan hina.

Perpecahan pengaruh kuasa ini membuka peluang kepada kaum bukan Melayu untuk menyuarakan pendapat mereka supaya diberikan lebih kuasa politik dan ruang di negara ini. Adakah ini salah? Sekiranya kita perhatikan, kuasa politik sedia ada yang diberikan kepada kaum bukan Melayu ini sudah cukup besar. Tidak ada negara bangsa seperi Malaysia yang sanggup untuk berkongsi kuasa dengan kaum imigran sehinggakan ada satu negeri di Malaysia diketuai oleh bukan bumiputera. Dan sekiranya hendak dijadikan ruang sebagai alasan, kebanyakan kaum bukan Melayu di Malaysia mempunyai pendapatan isi rumah yang secara puratanya lebih daripada kaum Melayu. Hak-hak asasi mereka seperti kebebasan beragama, berbahasa ibunda, memiliki harta dan lain-lain tidak ditindas. Jadi apakah rasionalnya tuntutan mereka?

Saya fikir, jika hak-hak mereka untuk hidup sebagai manusia di muka bumi ini tidak dihalang, kita sebagai muslim tidaklah perlu melayan sangat kerenah mereka. Kerana sesungguhnya mereka ini tidak akan berhenti sehinggalah kita bersetuju dengan mereka. Mereka tidak akan berhenti meminta sehinggalah tertubuhnya republik sekular di bumi Malaysia ini.

Iya. Walaupun mereka akan berkata itu adalah hak mereka untuk meminta tetapi kita jangan lupa adalah itu dalam konteks negara tafsiran mereka. Mereka kaum bukan Melayu tidak mempunyai taraf yang sama sebenarnya di negara kita kerana perlembagaan memperuntukkan keistimewaan orang Melayu di Malaysia. Di dalam konteks negara pada zaman Rasullullah, kaum bukan muslim diberikan taraf orang yang dilindungi, bermakna mereka ini akan dilindungi selagi mereka tidak menentang negara. Sekiranya mereka menentang, mereka akan menjadi orang yang perlu ditentang. Jadi sebenarnya secara tidak langsung, hak keistimewaan orang Melayu itu sama seperti taraf dhimmi pada zaman Rasullullah.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di Malaysia sekarang semakin bercelaru. Kelemahan politik orang Islam semakin hari semakin tertampak. Langkah-langkah awal sekiranya tidak diambil hanya akan memburukkan keadaan. Kita tidak mahu negara kita musnah hanya kerana perebutan kuasa antara kita. Kesemua entiti politik Melayu/muslim perlu berganding bahu untuk negara kita kembali stabil. Yang keruh kita tinggalkan dan yang jernih kita ambil.

a) Perbincangan untuk kesemua entiti politik Melayu dengan YDP Agung menjadi pengerusinya

b) Memansuhkan hak mengundi kaum bukan Melayu secara umum. Mereka hanya berhak untuk mengundi wakil mereka ke dalam kerajaan

c) Pendidikan agama Islam kita dirombak untuk diberikan lebih penekanan terhadap penghayatan agama kita

d) Budaya ilmu Islam diterapkan untuk kita berusaha membangkitkan sebuah tamadun Islam di rantau Nusantara ini

Ini adalah sebahagian langkah yang boleh diambil tetapi ia tidak menjurus. Banyak penafsiran boleh dibuat. Tetapi akhirnya, apa yang hendak saya sampaikan dalam langkah-langkah itu ialah Malaysia untuk orang Melayu.

Thursday, April 16, 2009

Porto lwn Man Utd 0:1

Man Utd layak ke separuh akhir LJJE setelah menundukkan Porto 1-0 hasi jaringan cantik Cristiano Ronaldo pada minit ke 6. MU menang dengan agregat 3-2

Permainan malam tadi nampak peningkatannya berbanding minggu-minggu sebelum ini. Jentera pertahanan MU nampak kembali kepada prestasi asal mereka apabila Rio Ferdinand kembali setelah kecederaan betisnya. John O'shea pula boleh saya katakan berjaya meningkatkan prestasi berbanding perlawanan lalu. Di bahagian serangan pula Anderson mengambil tempat yang saya jangkakan akan diisi oleh Scholes. Ini sungguh tidak disangka dan ianya menampakkan kebijaksanaan SAF apabila Anderson cemerlang dalam perlawanan semalam. Tampak pemahaman Anderson dengan permainan Porto apabila berjaya mengekang bahagian tengah Porto dari membuat hantaran-hantaran kepada jentera penyerang mereka.

Gol dijaringkan oleh CR7 apabila dengan secara intuisinya merembat bola dari kawasan 40m dari luar kotak penalti. Sepakan padu yang tidak disangka penjaga gol itu meluru masuk ke penjuru gol dengan cantiknya.

Man Utd akan bertemu Arsenal dalam perlawanan separuh akhir setelah mereka menundukkan Villareal 3-0.

Cayalah MU.

Wednesday, April 15, 2009

Porto lwn Man Utd

Malam ini Man Utd bertandang ke Porto untuk perlawanan ke-2 di gelanggang Porto. Man Utd datang dalam keadaan perlu menang untuk meneruskan cabaran dan mempertahankan kejuaraan Liga Juara-juara Eropah yang dimenanginya tahun lepas.

Berdasarkan prestasi terkini Man Utd, tampak pasukan ini dalam keadaan yang kurang menyenangkan di bahagian pertahanan sebaik selepas tewas 1-4 di tangan Liverpool 3 minggu sudah. Man Utd berharap kepada kembalinya Rio Ferdinand untuk menguatkan bahagian pertahanan bergandingan dengan Nemanja Vidic. Ketiadaan pemain bek sayap kanan MU seperti Wes Brown dan Owen Hargreaves akibat kecedaraan memastikan keterlibatan John O'shea dalam perlawanan kali ini. Adalah diharapkan John O'shea mampu untuk meningkatkan kualiti permainannya untuk perlawanan kali ini kerana dia adalah salah satu kunci kelemahan MU dibahagian bek sayap.

Di bahagian tengah, Michael Carrick, Paul Scholes dan Ryan Giggs saya jangkakan akan mendapat tempat di 3 posisi formasi 4-3-3. Dan di bahagian serangan pula Dmitar Berbatov, Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo akan mengisi tempat. Peluang Man Utd untuk memenangi perlawanan kali ini bergantung kepada permainan serangan Man Utd.

Tidak ada pasukan dari British yang pernah menewaskan Porto di gelanggang mereka.

Tidak ada pasukan yang berjaya mempertahankan kejuaraan mereka sejak 1992.

Saya jangkakan Man Utd memenangi perlawanan kali ini 2-1. Rooney dan Berbatov.

Hello WoRLd~


Selamat Datang ke Ruangan O.N.E