Wednesday, April 15, 2009

Porto lwn Man Utd

Malam ini Man Utd bertandang ke Porto untuk perlawanan ke-2 di gelanggang Porto. Man Utd datang dalam keadaan perlu menang untuk meneruskan cabaran dan mempertahankan kejuaraan Liga Juara-juara Eropah yang dimenanginya tahun lepas.

Berdasarkan prestasi terkini Man Utd, tampak pasukan ini dalam keadaan yang kurang menyenangkan di bahagian pertahanan sebaik selepas tewas 1-4 di tangan Liverpool 3 minggu sudah. Man Utd berharap kepada kembalinya Rio Ferdinand untuk menguatkan bahagian pertahanan bergandingan dengan Nemanja Vidic. Ketiadaan pemain bek sayap kanan MU seperti Wes Brown dan Owen Hargreaves akibat kecedaraan memastikan keterlibatan John O'shea dalam perlawanan kali ini. Adalah diharapkan John O'shea mampu untuk meningkatkan kualiti permainannya untuk perlawanan kali ini kerana dia adalah salah satu kunci kelemahan MU dibahagian bek sayap.

Di bahagian tengah, Michael Carrick, Paul Scholes dan Ryan Giggs saya jangkakan akan mendapat tempat di 3 posisi formasi 4-3-3. Dan di bahagian serangan pula Dmitar Berbatov, Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo akan mengisi tempat. Peluang Man Utd untuk memenangi perlawanan kali ini bergantung kepada permainan serangan Man Utd.

Tidak ada pasukan dari British yang pernah menewaskan Porto di gelanggang mereka.

Tidak ada pasukan yang berjaya mempertahankan kejuaraan mereka sejak 1992.

Saya jangkakan Man Utd memenangi perlawanan kali ini 2-1. Rooney dan Berbatov.

No comments:

Post a Comment