Tuesday, April 28, 2009

TDM lwn LKY

Salam..

Adalah semalam di kelas saya berborak pasal cuti-cuti Singapura dengan rakan kelas. Sekali itu termasuk pasal LKY. Dia puji LKY hebat. Masa dia puji je LKY itu hebat, terus saya tersenyum. Tersenyum kerana memikirkan betapa kesiannya anak-anak Malaysia ini yang tiada semangat patriotisme terhadap negara sendiri.

Dalam masa itu, saya berfikir lagi, apa tiada lagi ke pemimpin di Malaysia yang hebat untuk dipuji oleh anak Malaysia ini? Itu jawapannya pastilah TDM. TDM merupakan negarawan ulung negara yang wajar menjadi satu kebanggaan anak-anak Malaysia. Jasa beliau dalam membangunkan Malaysia dan seterusnya menjadikannya sebagai salah sebuah gergasi di Asia Tenggara merupakan satu pencapaian yang sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pemimpin. Manakan tidaknya, Malaysia dibawah pentadbiran beliau, berjaya menukar ekonominya yang dulu berasaskan kepada pertanian kepada ekonomi yang berasaskan industri. TDM juga meletakkan nama Malaysia di pesada dunia dengan projek-projek mega seperti Menara Kembar Petronas, KLIA, Litar Sepang, Proton etc. Kebijaksanaan Tun dalam menyelesaikan masalah ekonomi 1997-1998 juga meletakkan nama Malaysia di pesada dunia. Teknik-teknik yang diguna pakai pada masa itu sekarang digunakan oleh negara-negara besar seperti US yang sekarang ini menghadapi masalah ekonomi. Pendek kata kita boleh kata Malaysia adalah sekarang kerana Tun.

Berbalik kepada cerita di kelas tadi, kenapa anak Malaysia ini puji LKY daripada TDM. Saya hanya boleh fikir kerana disebabkan oleh kaumnya, maka dia lebih memuji LKY daripada TDM. LKY lebih disukai oleh anak Malaysia ini kerana LKY sebangsa dengannya. Memuji bangsa sendiri lebih baik daripada memuji seorang pemimpin Melayu yang hebat. Walaupun ia tidaklah dinyatakan dari mulut anak Malaysia ini, tetapi nyatalah sifat kecinaannya menyebabkan kurangnya rasa patriotisme terhadap negara. Kurangnya rasa berterima kasih terhadap pemimpin negara hanya kerana beliau merupakan Melayu.

Ya. LKY merupakan pemimpin yang hebat, tetapi kehebatannya langsung tidak cukup untuk meletakkan beliau di hati kita kerana beliau merupakan orang asing yang tiada kaitan dengan kita.

Sedih juga memikirkan bagaimana produk-produk SJKC ini ditanam rasa tidak cinta kepada negara. Lebih sedih apabila mereka ini ditanam rasa cinta pada Singapura. Nyatalah SJK ini tidak menyumbang kepada perpaduan. Malah lebih menggalakkan kepada sifat perkauman. Sesungguhnya SJK menghasilkan anak-anak yang tidak cinta kepada negara. Tanyalah kepada mereka ini, rata-rata memasang cita-cita untuk ke selatan menjadi warganegara di sana. Peduli apa kepada kurangnya kebebasan berbanding di negara sendiri, asalkan kaum sendiri yang pegang pemerintahan. Oh silalah kesana beramai-ramai, saya tunjukkan jalannya.

Saya seru pada kerajaan untuk mengkaji semula kewujudan SJK ini. Blogger JMD dan DN sudah pun menjelaskan dengan panjang lebar peri kewujudan SJK ini merupakan titik kerobohan negara Malaysia. SJK perlu dihapuskan dan diganti dengan sistem satu sekolah yang memupuk perasaan perpaduan, patriotisme dan negarawan pada seluruh rakyatnya tidak kira Melayu, Cina ataupun India yang berlandaskan kepada acuan budaya Melayu.

No comments:

Post a Comment