Saturday, April 25, 2009

Betul ke kabinet ini?

Kita rakyat biasa hendakkan menteri-menteri yang boleh bekerja mendatangkan hasil kepada kita. Dalam hal ini, DSN sebagai ketua kepada kerajaan memberikan pimpinannya dalam soal pelantikan menteri-menteri ini.

Bagi beliau, inilah dia barisannya yang mampu memberikan keputusan kepada rakyat. Soal sama ada betul atau tidak kita hanya boleh lihat nanti. Sistem KPI itu merupakan petunjuk kepada DSN. Jadi kita berdoa pada Allah agar petunjuk diberi kepada beliau untuk membuat keputusan dalam prestasi mereka dan membuat perubahan mana yang perlu.

Kita rakyat boleh lihat sekiranya mereka ini buat kerja atau tidak. Dalam dunia internet sekarang tidak sukar untuk mendapat maklumat tentang kemajuan dalam negara kita. Sekiranya kita lihat mereka-mereka ini termasuk DSN gagal dalam membawa prestasi yang baik, datang PRU13 nanti kita buatlah keputusan sama ada hendak tukar atau beri peluang lagi kepada mereka.

Benda mudah jangan disusahkan.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab jangan kita hanya tahu mengadu saja. Kita kena bekerja sekali dengan kerajaan untuk membawa aspirasi mereka dalam pembangunan negara kerana setiap faedah akan datang balik kepada kita. Janganlah setiap gerak geri kerajaan dipandang serong. Setiap gerak-geri mereka perlu kita lihat secara objektif bukan secara emosional yang berpaksikan kepada kepentingan peribadi yang sempit.

Dalam hal ini, pembangkang dan penyokong mereka perlu memainkan peranan sebagai pembangkang yang matang dan rasional. Jika mereka percaya kepada sistem keseimbangan pengaruh kuasa, mereka perlu gunakan sebaik mungkin. Tidak perlu dibantah setiap gerak-geri kerajaan semata-mata hendak bertindak sebagai pembangkang. Apa yang perlu dilakukan adalah memberikan pandangan alternatif kepada kerajaan dalam setiap isu-isu yang berbangkit. Dan menegur kerajaan secara berhemah sekiranya berlaku sesuatu yang salah dan merugikan rakyat. Itu pembangkang yang matang. Bukannya menjadikan sesuatu isu itu untuk kepentingan politik. Dan isu-isu ini tidak perlu dimainkan sehingga membawa kepada kekacauan dalam pentadbiran negara.

Nampak pembangkang sekarang berada dalam kategori ini. Masih tidak nampak professionalisma mereka dalam banyak isu. Apa yang lebih dilihat adalah retorik-retorik mereka.

Masih menunggu sistem demokrasi yang matang di Malaysia.

YangMengarut

No comments:

Post a Comment