Tuesday, April 28, 2009

Man Utd lwn Tottenham (5-2)

Lama juga saya ambil masa untuk menulis keputusan perlawanan kali ini. Sibuk dengan belajar.

Jadi kali ini memang merupakan perlawanan menarik. MU ketinggalan 2-0 bila habis separuh masa pertama. Tapi saya dan rakan-rakan masih yakin untuk menang. Betul menang. Satu perkara yang kita kena tabik dengan MU ini ialah semangat juang yang tinggi. Walau ketinggalan, kita penyokong MU pasti akan rasa yang kita masih berpeluang untuk menang. Perlawanan kali ini seperti satu deja vu untuk ramai penyokong MU kerana pada 2001 atau 2002, MU menang ke atas Spurs dengan jaringan 5-3 dan pada masa itu MU ketinggalan 3-0 menuju separuh masa pertama.

Kesebelasan utama yang diambil SAF sedikit berbeza dari kesebelasan utama yang saya ramalkan. Nani diberi peluang untuk bermain mengisi tempat Anderson dan juga Rafael di bek kanan. Wes Brown masih perlu membuktikan kecergasannya kepada SAF.

MU bermula dengan baik. Spurs pula menggunakan strategi serangan balas yang ternyata berhasil apabila dua kesilapan oleh Rio dan Rafael membuahkan gol untuk mereka.

Masuk separuh masa kedua, kedudukan berubah apabila Carrick dijatuhkan di dalam kotak penalti untuk memberikan gol pertama kepada MU menerusi sepakan C7 Ronaldo. Bermula dari saat itu, Spurs nyata membangkitkan seekor harimau yang sedang tidur. Dua gol daripada Rooney dan satu sekali lagi dari Rooney dan Berbatov nyata melenyapkan hasrat Liverpool untuk terus kekal di tangga atas liga.

Oh..Lupa pasal Tevez. Tevez masuk menggantikan Nani dan terus terang saya cakap, Tevez memang wajib dibeli oleh SAF. Kemasukan Tevez merupakan satu pencetus tenaga untuk kesemua rakan-rakannya yang lain dan ini ditafsirkan dengan keputusan kali ini. Harap SAF tidak mensia-siakan hikmat Tevez.

Melalui keputusan kali ini, harap semangat MU akan terus membara menuju perlawanan menentang Arsenal di OT Rabu ini. Mana tahu boleh jadi seperti Liverpool yang tiba-tiba 'on form'. Harap MU boleh mencari gol selesa untuk bekalan di Emirates stadium nanti.

'GLORY-GLORY MAN UTD'

No comments:

Post a Comment