Sunday, April 19, 2009

Man Utd lwn Everton 0:0 (Everton mng penalti 4-2)

Sungguh tidak disangka. Man Utd kalah malam ini. Pemain-pemain yang saya jangkakan akan bermain nyata salah sama sekali. SAF nampak tekad mahu merehatkan pemain-pemain utama dengan mencuba nasib meletakkan pemain-pemain muda.

Ben Foster, kembar Da Silva, Darren Gibson, Macheda, Welbeck dan Anderson diberi peluang untuk bermain pada perlawanan ini. Rata-rata mereka ini berumur awal 20-an. Nyata SAF mahu mencuba nasib pada perlawanan kali ini. Jika menang untung, jika kalah pun tidak apa. Itulah sikap yang diambil SAF pada kali ini. Walaupun begitu dia tetap berasa tidak berpuas hati dengan kekalahan ini. Tetapi memikirkan pada tekanan bermain permainan yang banyak dan jadual yang tidak memihak, SAF memilih langkah selamat untuk merehatkan pemain-pemain utamanya.

Permainan pada awalnya nampak memberangsangkan untuk MU. Beberapa gerakan menarik berjaya dibuat dengan Carlos Tevez mengetuai jentera serangan. Anderson juga nampak menyerlah dan kadangkala dilihat menjadi bos di bahagian tengah. Pasangan kembar Da Silva terutamanya Fabio memang cemerlang dalam permainan ini sebelum cedera dan digantikan dengan Evra.

Banyak lagi boleh ditulis, tapi baca berita pun sama saja.

Apa-apa pun selepas ini Man Utd boleh menumpukan perhatian untuk mempertahankan 2 kejuaraan yang dimenangi musim lepas.

Harap SAF tak buat benda yang sama (bagi budak-budak main) kalau nak menang. Tunjuk serius sikit.

No comments:

Post a Comment