Sunday, April 19, 2009

Man Utd lwn Everton

Hari ini akan dilangsungkan perlawanan antara Man Utd dan Everton untuk separuh akhir Piala FA. Perlawanan akan dilangsungkan di stadium Wembley London.

SAF saya jangkakan akan menukar beberapa muka dari perlawanan lepas menentang Porto. Menurut pihak akhbar kesemua jentera serangan akan berubah muka. Saya kurang bersetuju. Saya jangkakan 1 atau 2 pemain pada perlawanan lepas akan kekal di jentera serangan terutamanya Wayne Rooney dan Michael Carrick. Mereka ini bagi saya adalah nadi untuk serangan dan pertahanan Man Utd di bahagian tengah.

Setelah apa yang dikata, saya jangkakan Carrick akan berganding bersama Darren Fletcher di bahagian tengah. Bahagian sayap Nani dan Park Ji-Sung akan mengambil tempat masing-masing di kanan dan kiri. Serangan akan dikelola Rooney dan Tevez. Ini bagi saya adalah strategi yang logik untuk diambil SAF dalam perlawanan menentang Everton ini. Mungkin beliau ada idea lain jadi sama-sama kita lihat.

Di bahagian pertahanan pula SAF akan mengekalkan gandingan yang ada. Vidic dan Ferdinand yang beraksi cemerlang pada perlawanan lalu akan berharap agar gandingan mereka kembali konsisten setelah dikacau dengan kekalahan di tangan Liverpool tempoh hari. Di bahagian bek kanan, kita tidak ada pilihan melainkan berharap agar John O'shea mampu untuk menunjukkan aksi yang sama seperti pada perlawanan menentang Porto yang lalu. Seperti biasa Evra akan mengambil tempat di bek kiri.

Man Utd masih lagi di atas laluan untuk memenangi kesemua kejohanan yang disertai mereka. Setakat ini mereka telah pun memenangi Piala Antara Benua dan juaga Piala Liga. Walaupun Liga Juara-juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris menjadi keutamaan perlawanan ini tidak kurang pentingnya bagi Man Utd. Piala FA merupakan kejohanan bola sepak pertama di dunia. Ia mula diadakan pada 1871-1872. Jadi bagi kelab-kelab Inggeris ia merupakan satu penghormatan untuk dinobatkan juara Piala FA. Berdasarkan rekod, Man Utd mempunyai pencapaian yang paling baik di dalam kejohanan ini berbanding pasukan-pasukan lain dengan 11 kejuaraan. Harap sejarah akan berterusan.

Pemenang akan bertemu dengan Chelsea pada perlawanan akhir di Wembley Mei ini.

Saya jangka Man Utd akan menang dengan keputusan 2-0. Tevez dan Nani.

No comments:

Post a Comment