Saturday, April 18, 2009

Malaysia untuk orang Melayu?

Apabila kita fikirkan dengan sebaik-baiknya, di negara kita ini tidak ada apa masalah besar yang boleh merosakkan negara. Rakyat di negara kita secara majoritnya dapat menikmati hidup di dunia ini tanpa masalah besar yang memudarat. Sistem yang kita amalkan sejak dulu sebenarnya merupakan sistem yang baik. Sistem perkongsian kuasa yang diamalkan kita telah berjaya memacu negara kita dengan jayanya.

Tetapi sebaik selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu, semuanya berubah. Kenapa? Kita dapat lihat ini semuanya berpunca dari politi melayu yang sekarang berpecah. Perpecahan berlaku akibat perbezaan ideologi. Perbezaan ideologi ini pula akan dibawa kepada undi-undi yang menyaksikan undi kita berpecah. Perpecahan undi bermakna perpecahan pengaruh kuasa.

Jika kita lihat pada zaman Rasulullah, perbezaan pendapat tidak membawa kepada perpecahan kerana budaya berbincang yang diadakan. Situasi yang sama boleh dibandingkan di Malaysia. Perbezaan pendapat sesama kita Melayu/muslim membawa kepada perpecahan akibat tiadanya perbincangan yang boleh membawa kepada titik pertemuan sesama kita. Adakah ini Islamik? Jika maksud Islam itu bermakna patuh, maknanya perpecahan yang berlaku itu tidak Islamik. Kita umat Melayu/muslim tidak patuh akan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah lebih 1400 tahun dahulu. Perpecahan itu adalah sunnatullahnya akibat pilihan yang kita ambil. Di sini pemimpin politik Melayulah yang perlu menjawab kepada Allah s.w.t nanti. Ingatlah. Dunia hanya tempat sementara dan hina.

Perpecahan pengaruh kuasa ini membuka peluang kepada kaum bukan Melayu untuk menyuarakan pendapat mereka supaya diberikan lebih kuasa politik dan ruang di negara ini. Adakah ini salah? Sekiranya kita perhatikan, kuasa politik sedia ada yang diberikan kepada kaum bukan Melayu ini sudah cukup besar. Tidak ada negara bangsa seperi Malaysia yang sanggup untuk berkongsi kuasa dengan kaum imigran sehinggakan ada satu negeri di Malaysia diketuai oleh bukan bumiputera. Dan sekiranya hendak dijadikan ruang sebagai alasan, kebanyakan kaum bukan Melayu di Malaysia mempunyai pendapatan isi rumah yang secara puratanya lebih daripada kaum Melayu. Hak-hak asasi mereka seperti kebebasan beragama, berbahasa ibunda, memiliki harta dan lain-lain tidak ditindas. Jadi apakah rasionalnya tuntutan mereka?

Saya fikir, jika hak-hak mereka untuk hidup sebagai manusia di muka bumi ini tidak dihalang, kita sebagai muslim tidaklah perlu melayan sangat kerenah mereka. Kerana sesungguhnya mereka ini tidak akan berhenti sehinggalah kita bersetuju dengan mereka. Mereka tidak akan berhenti meminta sehinggalah tertubuhnya republik sekular di bumi Malaysia ini.

Iya. Walaupun mereka akan berkata itu adalah hak mereka untuk meminta tetapi kita jangan lupa adalah itu dalam konteks negara tafsiran mereka. Mereka kaum bukan Melayu tidak mempunyai taraf yang sama sebenarnya di negara kita kerana perlembagaan memperuntukkan keistimewaan orang Melayu di Malaysia. Di dalam konteks negara pada zaman Rasullullah, kaum bukan muslim diberikan taraf orang yang dilindungi, bermakna mereka ini akan dilindungi selagi mereka tidak menentang negara. Sekiranya mereka menentang, mereka akan menjadi orang yang perlu ditentang. Jadi sebenarnya secara tidak langsung, hak keistimewaan orang Melayu itu sama seperti taraf dhimmi pada zaman Rasullullah.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di Malaysia sekarang semakin bercelaru. Kelemahan politik orang Islam semakin hari semakin tertampak. Langkah-langkah awal sekiranya tidak diambil hanya akan memburukkan keadaan. Kita tidak mahu negara kita musnah hanya kerana perebutan kuasa antara kita. Kesemua entiti politik Melayu/muslim perlu berganding bahu untuk negara kita kembali stabil. Yang keruh kita tinggalkan dan yang jernih kita ambil.

a) Perbincangan untuk kesemua entiti politik Melayu dengan YDP Agung menjadi pengerusinya

b) Memansuhkan hak mengundi kaum bukan Melayu secara umum. Mereka hanya berhak untuk mengundi wakil mereka ke dalam kerajaan

c) Pendidikan agama Islam kita dirombak untuk diberikan lebih penekanan terhadap penghayatan agama kita

d) Budaya ilmu Islam diterapkan untuk kita berusaha membangkitkan sebuah tamadun Islam di rantau Nusantara ini

Ini adalah sebahagian langkah yang boleh diambil tetapi ia tidak menjurus. Banyak penafsiran boleh dibuat. Tetapi akhirnya, apa yang hendak saya sampaikan dalam langkah-langkah itu ialah Malaysia untuk orang Melayu.

No comments:

Post a Comment