Thursday, April 23, 2009

Man Utd lwn Porstmouth (2-0)

Semalam berlangsung perlawanan liga di antara Man Utd dan Porstmouth.

Saya semalam cuba untuk menulis satu pos sebelum perlawanan tetapi disebabkan kesuntukan masa belajar saya terlepas masa yang sepatutnya saya tulis.

Apa-apa pun yang penting MU menang. Dan MU kembali merampas takhta teratas liga daripada Liverpool dengan kelebihan 3 mata dan juga kurang satu perlawanan. Ini merupakan satu kemenangan yang membakar semangat pemain-pemain MU untuk meneruskan buruan dalam mempertahankan kejuaraan.

Pada perlawanan semalam MU menang hasil jaringan Wayne Rooney dan Michael Carrick. Sebab di bilik saya ini tidak ada TV kabel maka saya hanya dapat melihat di skrin komputer saja (itupun teks di soccernet). Kalau mengikut teks-teks yang ditulis maka saya hanya dapat simpulkan kedua-dua gol ini merupakan gol yang cantik. Gol pertama dihasilkan melalui gerakan melibatkan Anderson dan Ryan Giggs. Dan gol kedua pula hasil hantaran telus oleh Paul Scholes.

Memang kuda-kuda tua MU ini boleh diharapkan. Jangan tertipu dengan usia mereka yang kalau dalam bola sepak ini kita panggil tua. Mereka masih memiliki sentuhan-sentuhan luar biasa yang mampu menghasilkan kemenangan untuk MU.

Barisan pemain semalam berbeza seperti pada Ahad lepas. Van Der Sar kembali ke gol. Evans menggantikan Rio. Evra di bek kiri. Bahagian tengah Giggs dan Scholes dan Fletcher mengambil tempat. Penyerang Rooney dan Ronaldo.

Kali ini SAF bermain dengan formasi 4-2-3-1. Ini adalah formasi yang selalu digunakan oleh pasukan seperti Arsenal, Chelsea dan Liverpool. Bagi saya baik juga dicuba formasi-formasi baru kerana setelah lebih 23 tahun di MU, mungkin lawan-lawan kepada MU sudah dapat membaca strategi SAF. Saya yakin berdasarkan perlawanan semalam SAF sudah ada ramuan yang penting untuk digunakan pada perlawanan menentang Spurs dan Arsenal pada Sabtu dan Rabu ini.

No comments:

Post a Comment