Tuesday, October 27, 2009

Kos sara hidup di KL

Tadi tiba-tiba terfikir pasal tajuk ini. Sebabnya aku dan isteri pun bakal menjadi penduduk KL/bandaraya bila tamat belajar tahun depan (insyaAllah). Dengan kerja sebagai doktor pelatih dan gaji mula gred u41 (sekitar Rm 3500) aku nak tengok mampu ke tidak duduk di KL.

Kita ambil yang asas atau normal untuk orang KL. Maknanya tempat tinggal, makanan, minuman, kereta, petrol dan juga bil-bil berkaitan.
  1. Sewa rumah. Di KL kita boleh agak sewa rumah bukannya murah. Jenis rumah dan kawasan memang main peranan. Aku pun sendiri tak berapa reti di KL jadi kita ambil yang paling maksimum yang aku fikirkan aku sanggup bayar iaitu sebanyak Rm 650.
  2. Makanan dan minuman. Doktor pelatih sudah tentu sibuk. Banyak kerja. Jadi aku tak boleh nak harapkan isteri aku nak masak di rumah. Penat. Jadi makan di luar. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari dan setiap kali makan Rm 6 seorang. Maknanya Rm 6 x 2 x 3 x 30 = Rm 1080.
  3. Bil. Ini termasuk bil elektrik, air, telefon (bimbit). Elektrik = Rm 80. Air = Rm 80. Telefon = Rm 60 x 2. Jumlah Rm 80 + Rm 80 + Rm 120 = Rm 280.
  4. Pinjaman kereta. Kereta nasional pilihan saya!! Rm 650.
  5. Petrol. Rm 200.
Jumlah semua sekali Rm 650 + Rm 1080 + Rm 280 + Rm 650 + Rm 200 = Rm 2860.

Ok. Tu dia. Belanja asas aku kalau nak duduk KL. Ni tak termasuk belanja realiti sebenar pada ibu bapa, isteri, adik-adik, mertua, Astro, Streamyx, Courts Mammoth, gajet-gajet, anak-anak di masa depan, ASB, loan etc.

Kalau aku tambahkan sekali dengan belanja realiti sebenar dan asas itu pasti tidak cukup untuk aku tanggung seorang. Syukur isteri aku pun akan kerja sekali. Ringan sikit beban. Dalam masa nak tunggu aku jadi kaya, wajar aku beri kebenaran pada dia untuk berkerja. Lagipun penat dia belajar 6 tahun tak akan nak suruh jadi housewife je. Baik suruh dia jadi HouseOfficer. :)

1 comment: